Sponsor

Monday, December 23, 2013

Borang permohonan BR1M 3.0: Pendaftaran Pemohon baru bantuan rakyat 1malaysia 2014



Seperti yang diketahui umum, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”
Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun ini juga  lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan


Berikut adalah informasi mengenai syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan

Isi RumahSyarat
Bantuan RM650                     
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas

Isi RumahSyarat
Bantuan RM450                      
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas



Definasi Isi Rumah

Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya 
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)

Borang boleh di dapati secara percuma menerusi

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya

Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)




Galeri Gambar & Portfolio: www.flickr.com/photos/zulfadhli Email : zulfoto[a]yahoo.com Telefon : 013.3997433

No comments:

Post a Comment