Sponsor

Friday, November 4, 2011

Renungan Buat Anak Didik



Gambar di atas merupakan cara yang paling 'selamat' untuk pelajar-pelajar dari sebuah Kampung di Indonesia untuk hadir ke sekolah. Cuba bayangkan anda berada di situ. Apa yang anda rasa? Pasti seram sejuk bulu roma bagi yang gayat dengan tempat tinggi. Tapi bagi pelajar-pelajar ini, alah bisa, tegal biasa. Perjalanan yang sukar bukan dijadikan alasan untuk tidak hadir ke sekolah.

Kita di Malaysia sangat beruntung, kalau tidak dapat basikal, motorsikal yang mak ayah kita berikan. Tapi masih tidak sampai ke sekolah. Walaupun hanya segelintir kecil sahaja yang begitu. Pelik kan?  Tiada erti susah bagi mereka, kerana perkara yans senang selalu melalaikan kita.

Lihatlah gambar ini dengan mata hati kita, supaya kita tahu ada orang yang lebih susah dan sukar hidupnya dari kita. Hidup kita senang dan selesa pada hari ini, belum tentu akan senang dan selesa pada hari mendatang jika kita tidak berusaha dari sekarang.

0 comments:

Post a Comment