Syarikat Datawind dari yang berpangkalan di India telah melancarkan Tablet termurah di dunia. Dengan hanya AS35 (RM111) anda sudah mampu memiliki gajet tersebut. Tablet tersebut yang di panggil Aakash yang bermakna 'langit' terdiri dari 2 model iaitu model yang beharga AS35 dan AS60.
Bagi tablet yang beharga AS60, ia turut dilengkapi dengan modem bagi memudahkan pengguna untuk mengakses internet dan ia tidak terdapat pada model yang beharga AS30, yang juga akan digunakan oleh pihak Kerajaan India.
Kedua-dua model tersebut menggunakan platfom Google Android, WiFi, RAM 256mb dan stogare sehingga 32Gb dan juga USB port.
Di India, hampir 19 million pengguna menggunakan telefon bimbit setiap bulan dan menjadikan Inda salah satu negara yang mempunyai pasaran yang besar. Tetapi kebanyakan mereka adalah datang dari golongan yang berada. Tablet Aakash ini sangat membantu rakyat India, khasnya pelajar yang dahagakan ilmu dan teknologi kerana kekangan wang dan juga kampung halaman mereka yang tidak dilengkapi akses internet.
Suka melihat golongan cerdik pandai yang mampu 'melihat' permasalahan rakyat dan dapat membantu memudahkan urusan mereka.
lagi cerita di sini
Galeri Gambar & Portfolio: www.flickr.com/photos/zulfadhli Email : zulfoto[a]yahoo.com Telefon : 013.3997433


0 comments:
Post a Comment