Pre Wedding Adzim & Raha

>> Wednesday, January 27, 2010

Last wekend dapat meluangkan masa bersama mereka di Tasek Y. Saja2 shots pasangan ini ditemani isteri. Pasangan yangs sangat sempoi...walaupun pada awalnya pada petang itu hujan, Alhamdulillah akhirnya hujan memberi laluan kepada kami. Nantikan BIG Day mereka pada 14 Februari 2010.




Blog : www.zulfoto.com
Blog : http://zulfadhli-ateman.blogspot.com
Galeri Gambar : http://www.flickr/zulfadhli
Galeri Gambar : http://cikguzul.fotopages.com
Email : zulfoto@yahoo.com
Telefon : 013.3997433

Read more...

Persiapan Majlis Pertunangan

>> Wednesday, January 20, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN

Bagi bakal pengantin yang ingin melangsungkan majlis pertunangan, anda mestilah merancang dengan rapi agar majlis bersejarah anda akan berlangsung dengan mudah dan lancar. Saya berkongsi sedikit persiapan yang perlu diambil berat sebelum berlangsungnya majlis pertunangan.

1. Barang hantaran (Cincin/baju/buah/jam dsb)

2. Keluarga pengiring

3. Jurugambar

4. Menu

5. Penyambut tetamu

6. Jurucakap bagi pihak keluarga lelaki/perempuan

7. Pakaian bagi bakal pengantin perempuan

8. Hiasan bilik

Sekadar berkongsi


Blog : www.zulfoto.com
Blog : http://zulfadhli-ateman.blogspot.com
Galeri Gambar : http://www.flickr/zulfadhli
Galeri Gambar : http://cikguzul.fotopages.com
Email : zulfoto@yahoo.com
Telefon : 013.3997433

Read more...

Langkah Mudah Pilih Cincin Perkahwinan

>> Wednesday, January 13, 2010

Cincin adalah salah satu lambang utama samada ketika majlis pertunangan ataupun perkahwinan. Sebelum memilih cincin kegemaran anda, pastikan ia sesuai dengan kemampuan anda.

Antara langkah-langkah dalam pemilihan cincin ialah:

Langkah 1 :
Anda perrlu tahu saiz cincin anda dan pasangan anda. Jika tidak, anda boleh terus sahaja pergi ke kedai dan bertanya kepada pekerja kedai cincin tersebut. Biasanya mereka akan mengukur saiz jari menggunakan kad cincin yang disediakan

Langkah 2 :
Survey cincin di internet ataupun majalah-majalah berkaitan supaya anda dapat mencari idea untuk bentuk asas cincin yang anda minati. Trend sekarang ialah ramai wanita yang menggemari cincin emas putih beserta berlian. Tetapi pemilihan cincin dari jenis emas kuning masih juga mendapat tempat dihati wanita.

Langkah 3 :
Berbincang dengan pasangan anda samada hendak membeli cincin secara bersama-sama ataupun tidak. Anda boleh memilih untuk bersendirian bagi membuat 'suprise' kepada pasangan anda di hari perkahwinan anda nanti. Jika hendak membuat 'suprise', pastikan cincin tersebut benar-benar mengembirakan hati pasangan anda.

Langkah 4 :
Tinjau beberapa buah kedai untuk memastikan anda mendapat tawaran harga yang menarik. Biasanya pada hujung tahun ataupun Year End Sales potongan sehingga 70% diberikan terhadap barangan kemas. Banyak kedai yang akan memberikan harga yang istimewa. Pilihlah dengan bijak dan simpan di tempat yang selamat sehingga majlis anda berlangsung.

Sekadar perkongsian...

Blog : www.zulfoto.com
Blog : http://zulfadhli-ateman.blogspot.com
Galeri Gambar : http://www.flickr/zulfadhli
Galeri Gambar : http://cikguzul.fotopages.com
Email : zulfoto@yahoo.com
Telefon : 013.3997433

Read more...

Serba Berdiri ke Serba Satu

>> Tuesday, January 12, 2010

Terma yang sudah dilupakan ataupun tidak diketahui oleh kebanyakan bakal-bakal pengantin zaman sekarang. So saya hanya ingin berkongsi sedikit apa yang saya tahu..

Serba Berdiri :
Hantaran yang disertai dengan set barangan kemas (Emas) dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Antara barang kemas yang perlu ada ialah Anting-anting, rantai, gelang tangan, cincin dan juga gelang kaki.

Serba Satu :
Hantaran yang simple bagi kelengkapan diri sahaja. Antaranya ialah telekung, wangian, pakaian, selendang dan sebagainya.

So..bagi yang belum berkahwen..Anda nak yang mana? Tapi perlu juga mengukur baju bakal suami anda tu dibadan dia ya.. Supaya tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putusa, tepung tidak bersepah..

Sekadar perkongsian...

Blog : www.zulfoto.com
Blog : http://zulfadhli-ateman.blogspot.com
Galeri Gambar : http://www.flickr/zulfadhli
Galeri Gambar : http://cikguzul.fotopages.com
Email : zulfoto@yahoo.com
Telefon : 013.3997433

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP