Sponsor

Tuesday, November 16, 2010

Lontong Daun Pisang

Alhamdulillah, esok semua umat Islam yang berada di Malaysia dan kawasan sewaktu denganya akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Esok juga akan ada upacara sembelih binatang korban di rumah arwah nenek aku di Sri Merlong, batu Pahat.

Esok merupakan kali ke-2 aku menyambut Hari Raya Aidiladha di Parit Raja. Sungguh singkat masa berlalu. Setahun yang lalu aku membantu arwah ayah (mentua) membuat lontong darat, tetapi hari ini cuma dapat membantu ibu sahaja. Aku tak sempat nak belajar buat lontong daun dengan arwah ayah. ~mode sedih~. Kali ini aku tolong ibu, ibu pun reti pasal dulu ibu yang selalu tolong arwah ayah buat lontong tu. Nak tengok hasil lontong kami?


Sudah siap untuk dimakan                                     
 *Gambar dan editing dari N79 


Lontong daun pisang ni pun 1st time aku makan tahun lepas. Rumah family aku memang takde la resepi ni. Ibu kata resepi ni turun temurun dari family belah arwah ayah. Nak tau cara membuatnya? Jom kita tengok camne nak buat lontong ni.

Bahan-bahan
1. Daun pisang
2. Batang daun pisang/batang paip (untuk acuan)
2. Tali rafia/dawai (untuk ikat)
3. Beras (dibasuh dan ditos)

Cara buat kelongsong/sarung lontong
1. Daun pisang digulung menggunakan batang daun pisang atau batang paip sebagai acuan.
2. Kelepetkan/ ikat dihujug daun pisang menggunakan tali atau dawai.
3. Keluarkan batang daun pisang/batang paip

Kemudian masukan beras 1/3 kedalam kelongsong daun pisang. Ikatkan di hujung sebelah lagi.

Seterusnya rebus dengan api sederhana selama 6 hingga 8 jam. Setelah masak, toskan dan biarkan sejuk dalam keadaan berdiri.

Nak makan dengan apa? Lodeh atau serunding kelapa pun ok. Kalau makan sambil memakai baju melayu bersongket dan bersongkok lagi sedap rasanya. Baru ada feel nak raya...hehe.

Sekian untuk edisi malam sebelum raya.

p/s : Banyakkan bertakbir sehingga pagi esok.


Cikgu Zul
Email : zulfoto[a]yahoo.com
Telefon : 013.3997433

No comments:

Post a Comment