Langkah Mudah Pilih Cincin Perkahwinan
>> Wednesday, January 13, 2010
Cincin adalah salah satu lambang utama samada ketika majlis pertunangan ataupun perkahwinan. Sebelum memilih cincin kegemaran anda, pastikan ia sesuai dengan kemampuan anda.
Antara langkah-langkah dalam pemilihan cincin ialah:
Langkah 1 :
Anda perrlu tahu saiz cincin anda dan pasangan anda. Jika tidak, anda boleh terus sahaja pergi ke kedai dan bertanya kepada pekerja kedai cincin tersebut. Biasanya mereka akan mengukur saiz jari menggunakan kad cincin yang disediakan
Langkah 2 :
Survey cincin di internet ataupun majalah-majalah berkaitan supaya anda dapat mencari idea untuk bentuk asas cincin yang anda minati. Trend sekarang ialah ramai wanita yang menggemari cincin emas putih beserta berlian. Tetapi pemilihan cincin dari jenis emas kuning masih juga mendapat tempat dihati wanita.
Langkah 3 :
Berbincang dengan pasangan anda samada hendak membeli cincin secara bersama-sama ataupun tidak. Anda boleh memilih untuk bersendirian bagi membuat 'suprise' kepada pasangan anda di hari perkahwinan anda nanti. Jika hendak membuat 'suprise', pastikan cincin tersebut benar-benar mengembirakan hati pasangan anda.
Langkah 4 :
Tinjau beberapa buah kedai untuk memastikan anda mendapat tawaran harga yang menarik. Biasanya pada hujung tahun ataupun Year End Sales potongan sehingga 70% diberikan terhadap barangan kemas. Banyak kedai yang akan memberikan harga yang istimewa. Pilihlah dengan bijak dan simpan di tempat yang selamat sehingga majlis anda berlangsung.
Sekadar perkongsian...
Blog : www.zulfoto.com
Blog : http://zulfadhli-ateman.blogspot.com
Galeri Gambar : http://www.flickr/zulfadhli
Galeri Gambar : http://cikguzul.fotopages.com
Email : zulfoto@yahoo.com
Telefon : 013.3997433

0 comments:
Post a Comment