Weken Trip++

>> Friday, October 23, 2009

Hari ini aku akan ke Mersing jmpa wife aku. pastu esok pagi balik semula ke umah aku nak anta barang2 skit. then terus ke UKM pasal nak tdo kat Puri Pujangga sambil2 jmpa kawan2 lama yg masih belajar dan bekerja disana. OTW ke UKM nti kami nak singgah ke Bukit Kepong, kawan UKM dl kawen.

Ahad petang ke Uitm S.Alam. Adek Ipar aku konvo. pastu isnin baru balik johor. tapi kena la anta wife aku blk mersing dulu..pastu baru la sampai umah. pastu conpom tdo..

Read more...

My wife...

>> Tuesday, October 20, 2009

Semasa kami bercuti dan menghabiskan masa di Mersing selepas seminggu berkahwin









Read more...

Lagi gamba kawen

>> Wednesday, October 14, 2009

Alhamdulillah, kawan2 photog yg amik gamba aku masa tu ada yg dah upload gamba2. So kepada yg nak tgk aku bg link mereka

Salludin Ismail (OP)

Mohd Razali

Faiz Salleh

Mohd Azam

Ahmad Farhan

Read more...

Gambar kawen..

>> Tuesday, October 13, 2009

Ni aku nak share skit gamba kawen kami. Nak tgu album siap mau makan 2 bulan. Tapi kami tetap gembira dan seronok pasal Din from artcreative.com.my dah bagi skit gamba2kami. Cepat betul dia upload.. di hari kejadian rasanya ada 7 orang yang tagged skali. Diorg semua ikut gi shots outdoor di Kg Sawah Sagil sampai la magrib. Alhamdulillah masa tu langit pun biru, cuaca ok, suhu ok..semua ok.


Siti Nurulhidayah Yusop selepas majlis Khatam



Pose di pelamin


pose


outdoor di Kg. Sawah Sagil: akan dibuat poster nti gamba ni

Read more...

Aku kahwin..lala

>> Friday, October 9, 2009


091009

Alhamdulillah, hari ini jam 10.20pagi aku selamat diijab kabulkan dengan Siti Nurulhidayah Yusop bertempat di rumah pengantin perempuan. Dengan sekali lafaz je aku sah menjadi suami kepada Pn Hidayah. Sekarang dah ada isteri, dah xleh macam bujang lagi. Banyak komitmen, family aku pun dah bertambah.. so kena gv n tk la. Semoga Allah merahmati dan memelihara hubungan kami sehingga akhirat.

Ni aku share skit gamba yg sempat dirakam.

Read more...

MY W part V

>> Wednesday, October 7, 2009



Hari ini 7.10.09..
Esok 8.10.09
Lusa..9.10.09 jam 9.00 pagi


Berdebar juga kan nak jadi suami orang nih. Tinggal 2 hari lagi je nak rasa zaman bujang. Apa yang nak dibuat ek? Buat cam biasa sudah..

Apa yang aku kena setelkan?
1. Duet Hantaran
2. Siapakan hias dulang hantaran. sume ada 9 dulang
3. Gunting Rambut
4. Siapan duet tol + kadi + andam
5. Songkok gue hilang, sapa ntah rembat. Kena beli baru
6. Fitness..bdn kena fit. Takut majlis nti aku xlarat nak salam2 orang.
7. Doa supaya majlsi aku selamat dan dimudahkan segala2nya. Amin
8. Follow up a) Photog (Bro Din) b) Pengapit Nikah (Robin a.k.a Fairuz)
9. Siapakan keje2 sekolah dulu sblm cuti ya..

Esok aku da start cuti sampai selasa depan. Pasti anak2 murid yg slalu kena rotan + lempang ngn aku rindu sepanjang ketiadaan aku di sekolah..

Read more...

Marhaban ya marhaban

>> Monday, October 5, 2009

Tarikh : 4 Oktober 2009
Tempat : Rumah guru2
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Kehadiran : Dewasa 40 orang + Kanak2 30+

Objektif :
1. Menjalinkan ukhwah persaudaraan dalam kalangan guru2
2. Kunjung mengunjung ke rumah rakan2 supaya tau la umah cikgu2 ni.
3. Menjalin kemesraan

Rumah yang dikunjungi
1. Cikgu Amin + Cikgu Halimah
2. Cikgu Ahmad + Cikgu Faridah
3. Cikgu Anizah
4. Cikgu Saadah
5. Ustaz Ramli
6. Cikgu zul..saya la tuh
7. Cikgu Samad
8. Cikgu Zaharah
9. Cikgu Samihah
10.Cikgu Norizan
11. Ustaz Abu Khairon

Satu hari yang memenatkan la juga semalam. Sebelum Aku kuar rumah jam 845 pg, aku dah tlg2 mak pasang dapur untuk goreng ayam. Apa yg menariknya marhaban sekolah kami ni ialah MAKANAN kami dikongsi di rumah yang ditetapkan. Seperti sarapan pagi di rumah cikgu Amin, Family cikgu Ahmad + Cikgu Aniza pun masak2 dan hantar makanan ke rumah cikgu Amin. So makanan kat situ jadi banyak. Antara juadah sarapan ialah mee hoon goreng, kueh cara berlauk, air manis dan juga bubur sumsum. Semua makanan tu dikongsi mereka ber-3. Lokasi rumah mereka di Taman Harmoni dan Taman Mewah.

Pastu gerak ke kg Shaari plak. Kami makan tengahari di Rumah Cikgu Samad. Kitorg share lauk pauk. Aku punya ayam goreng tepung je. Saadah ayam masak merah, ustaz ramli daging masak black pepper dan cikgu samad buat cocktail dan nasi. Cikgu Faridah masak lemak nangka, cikgu amin buat ulam2 & ikan kering.. Kenyang sume masa tu. Ngam2 la sampai waktu zohor kat umah Cikgu Samad.

Lepas Zohor teruskan perjalanan ke rumah yang laen2..

Majlis ini diketuai oleh Uztaz Ramli.









Read more...

Sambutan Hari Raya SMK Simpang Rengam

>> Sunday, October 4, 2009

Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Jauhari
Kehadiran : 200++

Pada hari sabtu, 3 Oktober 2009. KEKITA (Kelab Guru & Kakitangan) telah menganjurkan satu program sambutan HAri Raya Peringkat Sekolah. Walaupun kehadiran guru tidak 100%, tetapi dengan kehadiran kanak2 yang gembira berlari sana sini bermain memeriahkan suasana majlis.

Majlis ini ringkas dijalankan ringkas. Dimulakan dengan Marhaban yang diketuai oleh Ustaz Ramli, kemudian bacaan doa dan seterusnya sedikt ucapan Pn Hjh Rohani (Pengetua Cemerlang). Seterusnya seperti biasa macam jamuan2 lain, acara makan. Juadah yanga ada seperti sate, nasi kerabu, kueh mueh, roti jala, ayam goreng, sambal sotong dan juga nasi himpit. Air ada 3 jenis : Air asam, honey dew dan mata kucing.

Majlis selesai dalam jam 5.00pm.


Emcee : Tn Zulkifli Pungot



Marhaban


Marhaban..


Makan sate yok..



Bermaafan

Read more...

Keluarga Baru

>> Friday, October 2, 2009

Alhamdulillah, pagi tadi dalam jam 9.00 pagi aku mendapat anak buah yang ke-9. Abg Sulong aku Kamarul Hisham & Kak Hana dapat anak yang ke 4. Seorang bayi perempuan. So bertambahla la gi sorang keturunan Hj Ateman & Hjh Hasimah..

Read more...

My W part IV

>> Thursday, October 1, 2009

Hari ini 1.10.09. Hanya tinggal beberapa hari lagi aku ada tunang, pastu dah xda tunang lagik. Tadi mak aku dah gi amik bekas2 untuk hantaran aku. dah siap rasanya, pasal sebelum raya dah gi tempah. Rasanya ada 9 dulang kot. Nanti dah boleh adjust skit aku punya barang2 hantaran.

Nak tengok barang2 nya? tunggu la masa aku kawen nti, baru dpt tgk..hehe

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP