Hari Merdeka ke-52

>> Monday, August 31, 2009




MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.






Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Read more...

Aku vs Tunang : 2-1

>> Sunday, August 30, 2009

*gambar dicilok dari http://blog.mukhrizlatif.com/

Perlawanan semalam ramai peminat2 MU menanti dan menunggu2 perlawanan penting musim ini. Seperti yang dijangka..

1st half - Man U - Ars : 0-1

Habis je 1 half, tunang aku msg ''ehem2.."

aku reply "ngantuk..."

lepas abes je 2nd half. tunang aku senyap je..
aku pun msg dia ''dah tdo ker?"
dia senyap je...

aku call dia "hello..dah tdo ker? tahniah Ars menang..haha"
dia "mmm..aah"
aku "k, nite"
dia "nite.."

aku tdo dengan hati gumbira..lala



*tunang aku peminat setia ARSENAL..*wink*
*Kalau Man U vs Ars mesti kami bertegang urat..

Read more...

ROMPAK!

>> Saturday, August 29, 2009

Hari ini, lebih kurang tghari tadi aku dapat panggilan dari no yang tidak dikenali.

''hello..zulfoto ker?'' suara laki
''ye saya.." jawab aku
"saya murad foto" suara laki
"cis..apasal call aku?"aku
"hp aku hilang la'' jawab murad
"hilang kat mana?" aku
"pagi tadi aku kena ikat, HP, wallet, laptop sek sume kena kebas.." kata murad
"la ye ke..mak ngn adek ko camner?" tanya aku
"diorg ok, xda apa2..aku sume kena ikat.." tambah murad lagi
"bapa orang yang masuk?" sebuk aku nak tau lagi
"4 orang, sume orang inxxx" kata dia
"bangsat betul..diorg masuk lalu mana?" aku tanya lagi
"umpil pintu belakang" jawab dia ringkas..

"malam ni nak tgk tak ars vs man u?" tanya dia lagi
''tengok la dulu..aku banyak keje la" aku jawab
''kalau ada apa2 ko call no ni eh, ni phone mak aku, perompak SIAL tu x amik'' dia jawab
''oraet..'' aku jawab lagi

Macam sial betul la..dah la datang negara orang, buat taik pulak. Aritu sekolah aku pun kena pecah masuk dgn 4 orang gak dari negara tuh. Modus operandi sama, malam sabtu..

*kalau aku jumpa perompak tu, ada pisau aku tikam perut dia. xda pisau bat baseball aku libas kepala dia. tengok jadi apa..macam HARAM!

&%^$#@()_^$

Read more...

...malas...

+ Apa pasal malas sgt harini?
+ Aku xda mood
+ Gile punya malas
+ Keje banyak pun x buat lagi..

Read more...

My W part III : HIV TEST

>> Friday, August 28, 2009

Pagi tadi jam 830 aku siap2 ntuk gi ke Klinik Kesihatan Simpang Rengam. Kat sini mmg hari jumaat je blh check HiV nih. Suasana x la ramai sgt org, cuma ada dlm 10 orang yg tgu kat kaunter demam tu. Sampai je aku terus masuk dlm gi kaunter. Cas RM1.

Pastu aku gi kaunter untuk check ni, ada beberapa nurse kat situ.
aku tanya diorg "kat mana nak check hiv ni?"
nurse " bilk tu dik" sambil tunjuk bilik pemeriksaan

aku pun tgu la kat depan bilik tu, pasal kat dlm x da orang. Sambil tu aku baca mag Click!.
Dlm 10 minit aku tunggu, Staf Nurse tanya aku.."ni tgu bini ke apa?"
aku "xla, bini xda lagi, baru nak check hiv ni"
Staf nurse "la..napa xckp..saya igt tgu bini awak. Masuk dlm sana tu"

aku tgu kat dlm bilik tu. Pastu ada 3 org nurse masuk..
Nurse ''Borang dah isi?"
aku "dah..."
nurse ''minta ic blh?''
aku pun kuarkan..

pastu staf nurse (SN) tu tnya aku "awak ni anak cikgu ateman ker?"
aku "ye cik"
SN "umo bp tahun?"
aku "25"
SN "owh..da besar dah. dah nak kawen ek''
aku "aah..besar juga"
SN "dapat org mana?"
aku "Parit Raja cik.."
SN ''bagusla..dekat jerk.."
SN "mak awak dah pencen?
aku "dah..last year"
Aku "cik bila pencen?''
SN "awak agak2 bila?"
aku ''tahun depan kot"
SN ''xla..esok" dengan selamba dia jawab..
aku "ye ker? cik amik pencen umo bapa?"
SN "52 tahun"
aku ''owh..bagusla..leh cuti raya skali"


aku pun tanya nurse lagi satu..
''Hiv test ni buat apa jer"

nurse "cek darah, bmi.."
aku "tu je ke?"
nurse "aah"

mula2 diorg soh aku timbang..

aku "xyah timbang xleh ker? saya hari2 timbang. berat saya 55kg"
nurse "arini laen, xsama berat cam selalu"

aku pun naek alat penimbang tuh..
tgk2 mmg betul 55kg..haha aku dah cakap dah

"ukur tinggi lak" kata nurse tu
"tinggi saya 168cm" aku

aku pun ukur gak, seperti yang dijangka..mmg tepat 168cm

pastu SN tu tanya aku "BMI awak bapa?"
aku "19.2 cik"
ok, tulis 19.2 sambil mengarahkan nurse laen tulis dlm buku..

pastu cek darah..ni yg aku seram ni.
dia kuarkan alat warna putih untuk cek hiv ni..
aku "kalau hiv bend ni camner?
SN" nanti dia kuar 2 line"
aku "kalau +ve saya xjadi kawen la.."
SN "isk..sebab cinta ada je yg +ve kawen"
aku "xleh camtu cik, sian anak dia nanti"
SN "aah la..sian kan.."

KEPUTUSAN UJIAN

AKU POSITIF untuk kahwen..yeah!

*SN tu nama dia Naimah, dia dah lama jadi nurse, masa aku sek rendah lagi. semua injection dlu dia yg buat, masa mak aku mengandungkan aku pun dia yg cek dia ckp..


Read more...

Ariani

>> Thursday, August 27, 2009




Tadi aku try call cik tunang tersayang, tapi dia x angkat. Mana la dia pegi ni. mesti berjalan kat jalan TAR/masjid india. Tempat feveret dia la tu kat area sana.

aku sms dia "kat mana sayang?''

lama baru dia reply "baru lepas amik gambar ngn ekin"

aku "watpe amik gambar ngn dia?"

dayah " jumpa kat ariani tadi''


pastu aku call dia " beli tudung lagi ker?"

dayah cakap ''ain yang beli 3"

aku " sayang beli lagi ker? kan da banyak tudung tu?''

dayah " ala, beli satu je."

yela..setiap kali gi sana beli 1, aku igt dlm ujung tahun ni boleh mencecah 12 dia punya tudung ariani tuh..

isk..isk..

Read more...

My W part II

>> Wednesday, August 26, 2009




Nila kad kawen kami..


Semalam dalam jam 430ptg aku gi umah hidayah pasal ibu ada masak2 skit bg orang. Diorag mmg tiap2 tahun bln posa bagi makanan awal pada sedara dan jiran2. Aku pun dengan muka x malu pun dtg la amik. Seperti yang dijangka, mesti banyak makanan..Apa yg aku dapat?

1. Nasi Himpit
2. Kuah Lodeh
3. Sambal Sotong
4. Kuah Kacang
5. Rendang paru2
6. Ayam goreng
7. Kerepek

banyak tak? hehe..

Semalam gak aku survey paper bag untuk gift nanti, tapi mahal nya sampai RM1.10/pcs. Ni yg custom design la. Dah bincang ngn ibu, dia kata nak beli kat Air Hitam je. Xpala, yg murah xsemestinya x bagus kan..

Read more...

My W part 1

>> Monday, August 24, 2009

Semalam aku, cik tunang a.k.a hidayah, cik angah (adek hidayah) dan ibu (bakal mak mentua ni) telah pergi ke Jusco Tebrau untuk amik kami punya kad kahwen yang da siap. Rabu minggu lepas tauke kedai tu ada call aku bgtau dah siap. So kami pun plan nak jmpa kat tol aitam. Kami plan jam 830 jmpa kat sana.

Aku pun siap2 da mandi sume, pastu hidayah call.

'' abg dah siap?" tanya dia
''da, baru mandi" aku jawab
''ayang dah nak gerak ni" dia kata
"ok, jap lagi abg gerak" aku jawab sepantas kilat sambil pikir nak pakai baju apa..

Dalam 8.18pagi..Lepas idupkan enjin kete waja aku, aku terus memecut laju masuk hgway machap-aitam. maklumla dah lambat ni, nti mak mentua cakap apa plak..

dlm 5 minit aku dah sampai aitam. laju betul aku bawa..dlm 140kmj ada kot. nak keja masa punya pasal. Sampai je tol aitam, aku tgk diorg xda lagi, aku pun parking tepi jalan..

call hidayah dia ckp baru nak gerak. Cit!

aku pun amik mag Digital Camera bln jun belakang seat aku, belek2 mana yg best sambil tgu diorg sampai.

Dlm 30 minit sampai la mereka semua..Aku pun kuar salam ngan ayah jap, pastu ibu, along,angah sume amsuk kete aku..

Aku pun terus gerak masuk hgway balik..Kami gerak dlm jam 9.00pagi. Sampai jusco dlm jam 10.00pagi. Sebelum turun kete, hidayah kasi mask sorg satu. Dah macam ninja turtle aku tgk kami ni. haha

Sampai sana je terus gi kedai tu amik kad dlu..budak yg jaga kedai tu aku tgk lama gile cari kad aku x jmpa2, macam la byk sgt org tempah kad..naseb baek dah siap, kalau x siap lagi mau aku mengamuk kat situ juga.

Lepas brother tu bagi 6 kotak kad tu, kami pun belek2..semuanya nya ok. kami berpuashati..cuma diorg x puashati tang peta umah pengantin jer. Apa ntah yg xpuashatinya..isk..isk..

kepada kawan2 yg jgn lupa bg alamat umah ye.. kang x dapat plak. kami tempah skit je..hehe..

Read more...

SELAMAT HARI LAHIR

>> Saturday, August 22, 2009




Semalam 21 Ogos 2009, genaplah 25 tahun umur Cik Tunang aku, Siti Nurulhidayah Yusop.

Takde apa yang aku dapat bagi dia, maklumlah majlis kahwen pun da dekat, banyak nak pakai duet. Cuma dapat wish melalui telefon je..

Sory ya sayang..


Ni abg nyanyi satu lagu untuk sayang...

Lagu Saujana


Selamat Hari Lahir

Awan Berarak Ceria

Tiada Titisan Hujan

Pohon Melambai

Tanda Sokongan


Kususuri Perjalanan

Bertemankan Senyuman

Di Hari Lahirmu

Sahabatku


Dedaun Berguguran

Membuktikan Kedewasaan

Walau Tanpa Madah Dan Hadiah

Namun Cukup Bagiku

Sekadar Ucapan


Selamat Hari Lahir

Iringi Doa Kuhulur

Bersyukur KepadaNya

Atas Nikmat Usia


Sahabatku

Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini

Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni

Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti

Selamat Hari Lahir


Usiamu Ibarat Mutiara

Tiada Berganti Lagi

Hiaskan Iman Bersulam Taqwa

Agar Sempat Mengucup

Haruman Syurgawi

Read more...

Photoshop

>> Tuesday, August 18, 2009

Aduhai..semalam aku dah dapat balik laptop kesayangan aku. Apa la malang naseb aku, masa kat sekolah try CS3 ok je, balik umah je nak buka dah x blh. adeh... camne aku nak siapkan majalah sekolah nih..

tensen..tensen..tensen..

keje kena buat minggu ni
#1 Stapler kertas soklan sejarah (test ari kamis woo)
#2 Siapkan buku koko kelas 2B (due semalam..haha)
#3 Design gambar2 majalah PRESTIJ + Front cover
(Aku rasa dlm 30pages ada kna siapkan)

Aku sangat tension dengan kerja2 yg x abes2 ni..

*Kalau dapat laptop MAC kan bagus ntuk aku buat editing majalah ni. keje jadi cepat, pantas dan senang hati..xda la slow macam siput sedut!

Read more...

Aku Demam + Batuk

>> Monday, August 17, 2009

Tadi jam 11.15 aku g poliklinik penawar. Mula2 nak g klinik kesihatan gomen je, skali aku tgk makhluk bernama manusia ramai yang amat. terus ubah haluan ke poliklinik. naseb baek ada 3 org je..

Masa aku sampai ngam2 parking depan klinik tu kosong. Aku pun terus parking viva hitam adek aku yg aku pnjm kat situ. Buka je pintu nampak awek yg jg meja depan tuh. Aku pun duduk depan dia sambil kuarkan IC.

awek : Pernah datang sini?
aku : Ntah ek, xpernah kot (slalu dtg, tp bw bdk asrama sakit)
awek : Bak sini IC
aku : nak amik IC aku
awek : no telefon ada?
aku : 013399xxxx
awek : ok, terima kasih.

tak lama kemdian doc panggil masuk. aku pun duduk kat sebelah meja dia.

doc : zulfadhli ateman?
aku : mmm...ya saya tuan doctor
doc : sakit apa?
aku : batuk2
doc : sejak bila?
aku : kelmarin
doc : ada demam2?
aku : ntah ek? doc rasa sy demam tak?

doc ambil alat pengesan suhu letak kat dahi aku

doc : suhu badan awak tinggi ni
aku : berapa ek?
doc : 37.5
aku : aah tinggi
doc : awak pusing belakang

doc pun buat prosedur biasa check paru2 ke apa ntah

doc : awak keje mana?
aku : kat sekolah doc
doc : arini rehat kat umah, sy bg MC 1 hari. kalau 2-3 hari batuk awak x
baik lagi, kena wat rawatan susulan la ya. Ok, awak tunggu kat luar

dlm 2 minit tgu, nama aku kena panggil.

awek : ni ubat antibiotik makan 1 biji 3 kali sehari
aku : mmm
awek : ni ubat batuk 2 kali sehari 2 sudu
aku : ok..
awek : sume skali RM30.50

aku pun kuarkan wallet terus bayar.
time kasih ya..

Read more...

16082009

>> Sunday, August 16, 2009

Pagi tadi aku bangun batuk aku makin teruk. hari ni kena sambung game volleyball PSKPP 4on4 di stadium kluang. kami bertolak jam 9.00 pagi (lewat 30min) dari perancangan asal. Naek kereta salwira plak. dia ada meetingd i muar, balik jam 430pg, tu yg lambat bangun. Sampai je stadium team SM Sains Muar dah tunggu. hehe
Buat regangan ala kadar, pastu tukar jersey (arini pakai no 10). Masuk court je terus amik bola serve..2 3 kali serve reff dah blow whistle..
Apa lagi maen terus la..seperti yang dijangka team aku kalah 2-0. haha
kehebatan pasukan lawan mmg tidak dinafikan. so kami pasrah je la..
LAPTOP kesayanga aku skrg tgk anta 'workshop'. dah lama xservis. Hari jumaat lepas aku bg hakim suruh dia format. dah macam siput laptop aku tuh. banyak kerja tergendala. Majalah prestij design xsiap lagi, custom album fashya pun on progress. baru page pertama (sory ye Pn Fashya).

Read more...

Volleybal 4on4 PSKPP Johor

>> Saturday, August 15, 2009

Alhamdulillah, hari ni aku dah berjaya harungi game volleyball yang dah lama aku tinggalkan (sekolah xda court).
Kami bertolak jam 8.00 pagi dari sekolah dgn menaiki kereta aku sendiri. Sampai di stadium Kluang dlm jam 8.40 pagi.
Sebanyak 24 Kelab Bilik Guru dari sekolah2 sekitar johor telah menyertai pertandingan ini, dan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Sekolah kami bersama SK Seri Mersing dan SMK Jaafar Albar.
Sekolah aku diwakili oleh play er yg x berapa bro..Aku sendiri, sharizam, salwira dan amir hamzah.
Hari ni mula2 lawan SK Seri Mersing menang 2-0. 2nd game lawan SMK Jaafar Albar, Kota Tinggi menang gak 2-1.
Syarat permainan ni dah diubah pasal 4 orang je yg maen.
1. Game point 12-12-6 (Puisngan awal)
2. Xboleh tiiping dlm kawsan serangan
3. Sesiapa boleh serve
4. Atleast 2 org dl gelanggang pada sesuatu masa.
Esok game sambung jam 9.00 pagi. Mungkin lawan SMK Sains Muar (separuh akhir). Doakan kami menang lagi ya..Amin

Read more...

Majlis Perkahwinan Fashya & Mokhtar

>> Monday, August 10, 2009

090809



Buluh Kasap, Segamat







Read more...

Revolusi : Bunkface

>> Saturday, August 1, 2009

Semalam dalam jam 11 aku pusing2 kat asrama. tgh tgk2 blkg asrama tb2 aku dgr suara nyanyi..

...aku keliru menjadi buntu arah yang ingin ku tuju....

pelan2 aku naek tangga, naek level 1..mmm bukan level ni
langkah lagi naek level2..mm ni budak2 maen pingpong je..
level atas lagi ni..ya..mmg betul. dom majah ni.

masa aku jalan ke dom tu, aku nampak ada 2 org tgh terkinja2 depan pintu dom sambil nyanyi..wah2..seronoknya dia

bila budak tu nampak aku je..tb2 lirik lagu da tuka..
..aku keliru cikgu datang..(nyanyi ikut lagu tuh)
pastu lg 4 org terus ilang dari pandangan..semuanya semunyik blkg katil..

aku terus berdiri depan pintu " penyanyi konsert yg 5 orang tadi mana?''
suasana sepi cuma terdengar radio yg masih nyani lagu bunkfce tu..

CEPAT KELUAR!

sorang2 kuar..beratur kat depan aku..
semua form 3, 2 orang siap rambut pacak macam bechkam.
2 pakai suar pendek..yg pakai kaen koyak pun ada..
aduhai anak2 murid sapa la ni..

Ok, awak 5 orang nyanyi balik lagu tadi! aku menjerkah mereka..
kalau xnyayi juga, ganti dengan 2 kali rotan sorang..
nak nyanyi ke rotan..

"nyanyi cikgu" jawab ketua kumpulan..

takut rupenya kena rotan. bukan sakit pun kalau aku rotan. kurang2 berguling atas lantai je sambil kuar air mata..haha

ok semua amik botol sorg satu (kebetulan dlm dom tu ada byk botol air mineral)..

lepas sume ada mic sendiri, aku suh nyanyi sambil buat gaya yg mereka buat tadi..

aku keliru menjadi buntu..

haha..nak tergelak aku tgk..mmg x makan saman bdk2 nih..
2 round nyanyi lagu tuh..

pastu aku kasik ceramah skit..biar dia insap nak pmr lagi 2 bln ni..


Bunkface - Revolusi
aku keliru menjadi buntu arah yang ingin ku tuju
rasa resah ku kian celaru dengan ilham ku tempuh
aku cuma mahukan bayangan resah ku akan hilang tapi keadaan memaksa menghadapi semua
OO.. OH OO..OH
C/O Inikah revolusi atau hanya ilusi bagaikan mimipi jadi realiti
Rasional diriku rasional dirimu penentu masa masa depan ku
adakah masa menjadi punca diriku dalam dilema
benarkah anjakkan paradigma susuli ku terima
aku cuma mahukan bayangan resah ku akan hilang tapi keadaan memaksa menghadapi semua
C/O dan C/O lagi..

Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP